Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Bergotong-royong membersihkan rumah, by Ron
Contoh Karangan UPSR
Name:Ron
Title:Bergotong-royong membersihkan rumah
2009-01-10 16:18
    Amalan bergotong-royong amat penting dalam hidupan harian kita. Oleh itu, saya dan keluarga mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah pada hari Ahad yang lalu.

    Tujuan kami mengadakan aktiviti itu adalah untuk membersihkan kawasan rumah. Selain itu, aktiviti itu juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

    Selepas menyediakan barang-barang keperluan, aktiviti gotong-royong pun bermula. Aktiviti-aktiviti yang kami adakan ialah menyapu lantai, mengelap tingkap, membersihkan longkang dan lain-lain.

    Bapa bertugas membersihkan longkang manakala ibu membersihkan dan mengemaskan almari dapur. Kakak saya pula menyapu lantai ruang tamu. Abang saya menyapu dan mengemop lantai dan bilik-bilik kami.

    Selepas itu, saya, kakak dan abang saya pergi mencabut rumput yang telah panjang di halaman rumah saya. Adik pula bertugas menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah supaya pokok-pokok bunga kelihatan segar. Ibu dan bapa bekerjasama menanam pokok bunga dan membubuh baja pokok-pokok bunga.

    Setelah menjalankan tugas-tugas itu, ibu menyediakan makanan ringan untuk kami sekeluarga. Kami menikmati makanan yang disediakan.

    Pada pukul 2.00 petang, aktiviti gotong-royong pun berakhir. Kami berasa letih tetapi gembira kerana kawasan rumah kami kelihatan bersih.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name