Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Memancing ikan di laut, by Ron
Contoh Karangan UPSR
Name:Ron
Title:Memancing ikan di laut
2009-01-10 16:30
    Pada hujung minggu yang lalu, bapa membawa saya dan abang memancing ikan di laut. Pada hari itu, kami menyediakan barang-barang keperluan seperti umpan, baldi, joran dan lain-lain. Selepas itu, kami pun menaiki kereta ke sana.

    Di sana, kami dibawa memancing ikan di luar Pulau Pangkor. Kami pergi ke laut dengan menaiki bot besar yang lengkap. Terdapat 12 orang kaki pancing yang ikut serta. Kami memakai jaket keselamatan.

    Laut kelihatan tenana dan cuacanya cerah. Walaupun keadaan begitu baik tetapi kami beroleng-oleng apabila menghampiri destinasi memancing.

    Setibanya di sans, saya, abang dan tiga orang rakan bapa mula rasa mabuk laut. Kami pun muntah. Oleh itu, kami diberi ubat oleh bapa.

    Selepas itu, bapa dan rakan-rakannya mula melabuhkan pancing mereka. Bapa juga menunjukkan cara-cara memancing ika kepada saya dan abang. Setelah itu, kami bersilih ganti menaikkan ikan. Kami berasa gembira apabila memancing ikan. Tidak lama kemudian, bapa mendapat ikan layaran. Bapa berasa sungguh letih untuk menaikkan ikan itu.

    Selepas dua hari, kami pun pulang ke rumah. Memancing bagiku sangat menyeronokkan. Saya berharap akan berpeluang memancing ikan di laut lagi.

    
 

Submit a comment:

Name