Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berkelah di kawasan air terjun, by izz fitri bin hairul sham
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah izz fitri bin hairul sham
Title:berkelah di kawasan air terjun
2011-09-02 16:11
     Pada hari Sabtu yang lalu, saya, Roslan dan Ah Lim telah pergi berkelah di Air Terjun Cemara yang terletak kira-kira 10 kilometer dari tempat tinggal kami.Sejak awal pagi lagi, kami telah berbasikal menuju ke kawasan air terjun tersebut.  
      
     Kami tiba di kawasan air terjun tersebut kira-kira pukul 8.00pagi.Kedinginan pagi masih terasa.Kabus tebal masih menyelubungi kawasan air terjun itu.  
 
     Sambil berehat, kami memerhati beberapa orang pegunjung yang sedang bermandi-manda. Kami meletakkan bekalan kami di bawah pokok yang rendang.Saya ,Roslan dan Ah Lim kemudian kami menukar pakaian untuk mandi-manda.  
      
        Disebabkan terlalu seronok mandi-manda, kami tidak sedar matahari telah tinggi.Perut kami berasa sangat lapar.Tanpa melenggahkan masa, kami pun naik lalu menjamu makanan yang telah kami bawa.  
 
        Kami duduk sambil berbual-bual di bawah pokok yang rendang sambil memerhati gelagat orang ramai. Sungguh kelakar apabila melihat gelagat orang ramai di dalam air.  
 
        Senja hampir menjelang, kami pun berangkat pulang. Walaupun kehilangan banyak tenaga, kami berasa sungguh gembira kerana berpeluang menikmati keindahan flora dan fauna yang berada di alam semula jadi sekeliling kita.                                
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name