Welcome!

Contoh Karangan UPSR: AKU SEBUAH BEG SEKOLAH, by Tiara
Contoh Karangan UPSR
Name:Tiara
Title:AKU SEBUAH BEG SEKOLAH
2009-01-13 18:58
Aku ialah sebuah beg sekolah. Aku diperbuat daripada kain tebal yang berwarna biru. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang berada di Kuala Lumpur. Aku diberi nama ”Swan”.

Pada suatu hari, aku dihantar ke sebuah kedai. Setelah seminggu di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang budak perempuan. Dia telah menjadi tuan aku.

Aku dibawa pulang ke rumah tuan. Tuan aku bernama Lily Wong. Dia seorang murid tahun lima. Tuan menyimpan buku dalam badan aku

Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Tuan aku sangat gembira kerana rakan-rakannya memuji akan kecantikkanku. Tuan sangat sayang pada aku. Tuan akan mencuci aku apabila aku kotor.

Setelah dua tahun, badan aku menjadi buruk dan mulai rosak. Tuan tidak menggunakan aku lagi.Dia telah membeli beg baru.

Aku berasa sedih kerana tidak dapat berkhidmat dengan tuan aku. Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah sepanjang hayat aku.


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name