Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Kepentingan Menguasai Bahasa Asing, by Ting Zhao Ying
Contoh Karangan UPSR
Name:Ting Zhao Ying
Title:Kepentingan Menguasai Bahasa Asing
2009-03-11 23:35
        Bahasa merupakan medium komunikasi antara awak dengan saya, antara manusia dengan manusia. Terdapat beratus-ratus jenis bahasa di dunia, termasuk Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan sebagainya.

        Penguasaan bahasa asing membolehkan kita mendapatkan dan mengkaji maklumat asal. Sesetengah produk yang dihasilkan oleh sesebuah negara asing biasanya diterangkan dalam bahasa natifnya. Penterjemahan kepada bahasa yang dikenali kita mungkin tidak disediakan. Kesalahan mungkin juga berlaku semasa penterjemahan.

     Selain itu, banyak buku yang bagus ditulis dalam bahasa asing. Penterjemahan kandungan buku mungkin memakan masa yang lama. Sekiranya kita menguasai bahasa tersebut, kita boleh membaca secara terus apabila buku tersebut dikeluarkan.

     Penguasaan bahasa asing juga memudahkan kita semasa melancong ke negara asing. Peniaga di situ mungkin hanya bercakap dalam bahasa asalnya. Masalah komunikasi boleh dikurangkan sekiranya kita tahu bercakap dalam bahasanya.

     Jelaslah bawaha kita harus menguasai beberapa bahasa asing, demi menuju negara maju dan Wawasan 2020.
 

Submit a comment:

Name