Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Kebersihan dan Keceriaan Sekolah, by Zhao Ying
Contoh Karangan UPSR
Name:Zhao Ying
Title:Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
2009-02-19 18:49
        Sekolah merupakan tempat pertemuan guru dan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, penjagaan kebersihan dan keceriaan sekolah adalah keutamaan yang perlu diberi perhatian yang lebih.

        Semasa waktu rehat, ramai murid membeli nasi lemak keropok udang, keropok ayam dan minuman seperti Pepsi dan 7-Up. Sebilangan murid yang nakal dan kurang ajar membuang bungkusan makanan dan minuman ke dalam longkang dan merata tempat di padang.

        Akibatnya, pada hari keesokan, murid yang tidak berdosa akan dikerah untuk membersihkan padang dan mengutip sampah. Ada di antara menangis kerana terlalu banyak bungkusan dan sisa makanan yang perlu dikutip, terutamanya murid perempuan.

        Sampah tersebut mengotorkan sekolah dan menghapuskan keceriaan sekolah sama sekali. Guru besar dan guru-guru perlu peka kepada isu tersebut dan mengadakan kempen gotong royong dan kempen kesedaran. Masa yang digunakan untuk mengutip sampah boleh dijimatkan untuk membaca buku dan mengulangkaji. Ada sekolah memasang kamera untuk menangkap murid yang membuang sampah.

        Golongan tua memiliki sikap murni termasuk bersatu-padu, tidak membuang sampah dan suka menjaga kebersihan. Sikap ini harus terus dicontohi oleh semua murid, terutamanya mereka yang suka membuang sampah, demi kebersihan dan keceriaan sekolah.

    
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name