Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Laporan gotong-royong membersihkan sekolah, by Mickey Mouse
Contoh Karangan UPSR
Name:Mickey Mouse
Title:Laporan gotong-royong membersihkan sekolah
2009-02-21 09:34
Laporan Gotong-royong Membersihkan Sekolah

        Pada 20 Februari 2009, sekolah saya mengadakan kempen gotong-royong. Semua 388 murid dari 12 kelas diwajibkan bekerjasama dalam gotong-royong ini.

        Pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan diadakan. Guru besar memberi arahan serta nasihat tentang kepentingan gotong-royong dalam memupuk semangat bersatu-padu, cinta kepada alam sekitar dan bertanggungjawab.

        Setiap itu, pada pukul 8 pagi, setiap bilik darjah dibersihkan oleh murid dari bilik itu. Semua murid lelaki dikehendaki mencuci tingkap, lampu dan kipas, sementara murid perempuan mencuci dinding, meja dan kerusi.

        Sesi itu tamat pada 9 pagi, diikuti dengan pembersihan kawasan luar. Murid-murid Tahun 1 hingga 3 dibenarkan berehat di dewan sementara murid-murid Tahun 4 hingga 6 dibahagikan kepada 4 kumpulan, masing-masing diberi tugas untuk:
i)    Membersihkan longkang
ii) Memcuci tandas
iii)Membersihkan taman
iv) Membersihkan pagar.

        Cuaca pada pagi sungguh baik, kerana langit dilengkapi dengan awan tanpa hujan. Gotong-royong tamat dengan sempurna pada pulul 11 pagi. Semua murid diberi 2 bungkus Mi Maggi dan 1 tin minuman 7-Up sebagai tanda penghargaan.

Disediakan oleh,

Mickey

.......^_^.........

(MICKEY MOUSE)
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name