Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan ke Pameran Buku, by Syafarina Abd Rahim
Contoh Karangan UPSR
Name:Syafarina Abd Rahim
Title:Lawatan ke Pameran Buku
2009-02-22 19:31
    Pada cuti sekolah yang lalu,bapa membawa saya sekeluarga berkunjung ke pameran buku.Pameran tersebut diadakan di Pusat Dagangan Putra,Kuala Lumpur.Kami pergi ke pameran itu untuk membeli buku-buku yang berharga lebih murah yang ditawarkan semasa pameran tersebut berlangsung.    

    Tiba di tempat itu,saya melihat orang berduyun-duyun menuju ke setiap gerai yang disediakan.Suasana disitu riuh-rendah.Disitu terdapat penerbit yang mempamer dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai.Terdapat pelbagai jenis buku yang berbentuk ilmiah dan hiburan.

    Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek buku yang dipamerkan di setiap gerai.Saya memilih beberapa buah buku cerita dan buku latihan ulang kaji beberapa mata pelajaran.Pada suatu hari,buku-buku dijual dengan harga runtuh.Jurujual memberikan diskaun sebanyak 10 peratus bagi sebuah buku.Bapa juga membeli beberapa buah buku resipiibu dan beberapa beberapa buah novel untuk kakak.

Semasa pameran berlangsung,ada antara penerbit yang mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan dengan buku-buku keluaran syarikat mereka.Saya cuba menjawab soalan tersebut dengan tepat.Saya diberi hadiah langganan majalah mereka secara percuma selama setahun.Saya berasa sungguh gembira.

    Bapa menyatakan bahawa pameran buku pada kali ini agak berbeza dan lebih menarik kerana terdapat beberapa acara lain seperti pertandingan bercerita dan pertandingan mewarna.

    Selepas selesai acara-acara tersebut kami pulang dengan rasa gembira.Semasa pulang,kami mendapat banyak pengetahuan tentang buku.Saya berharap agar pameran buku akan diadakan lagi dengan lebih menarik.        
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name