Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Saya Seorang Pengawas di SMK St. Elizabeth Sibu, by Grace
Contoh Karangan UPSR
Name:Grace
Title:Saya Seorang Pengawas di SMK St. Elizabeth Sibu
2009-02-22 23:19
        Aku seorang pengawas di Sekolah SMK St. Elizabeth Sibu. Panggil saya Grace. Setiap Isnin hingga Jumaat saya diberikan tugas untuk menjaga kedamaian sekolah.

        Sebagai ketua Kumpulan Alpha, saya diberi tugas berat untuk memastikan setiap pengawas dalam kumpulan saya menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Terdapat lima kumpulan pengawas kesemuanya di sekolah saya. Setiap kumpulan menjalankan tugas yang berlainan secara bergilir-gilir dari Isnin hingga Jumaat.

        Tugas jagaan kawasan termasuk dewan sekolah (Isnin), kantin (Selasa), bilik darjah (Rabu), perpustakaan (Khamis) dan pintu sekolah (Jumaat).

        Kenangan yang paling bermakna adalah menjaga pintu depan sekolah pada suatu pagi Jumaat pada Ogos 2008, apabila hujan lebat. Biasaya kami dikehendaki merekod nama mereka yang lewat. Tetapi pengecualian pada hari tersebut arahan Guru Besar. Namun satu ahli kumpulan saya Ah Hui, sungguh nakal, dia sengaja merekodkan nama Carolynne Sie Zie Wei yang datang lewat. Saya sudah menasihati Ah Hui supaya jangan berbuat demikian.

        Carolynne menangis kerana namanya direkod. Tetapi saya melaporkan perkara ini kepada Guru Besar. Kemudian Guru Besar menghukum Ah Hui mencuci tandas secara berseorangan. Tetapi saya baik hati dan menolong Ah Hui mencuci tandas bersama. Ah Hui menyesal dan berterima kasih kepada saya.

        Tugas pengawas cukup bermakna, tetapi tugas ketua kumpulan dalah berat. Namum banyak pengalaman dapat dipelajari dan saya bangga dan bersyukur sebagai ketua kumpulan, walaupun saya bukan ketua pengawas.

        
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name