Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: Cita-cita saya, by Carolynne Sie Zie Wei
Contoh Karangan UPSR
Name:Carolynne Sie Zie Wei
Title:Cita-cita saya
2009-02-25 09:05
        "Bi-bo-bi-bo-bi-bo..."

         Itulah bunyi ambulans yang menuju ke bilik kecemasan. Jiran saya, Mak Cik Cindy yang terjatuh ke longkang dan tercedera telah dipapah ke hadapan doktor untuk dirawat. Di bawah cahaya lampu pembedahan, doktor mendengar denyutan jantungnya dengan stetoskop, lalu memeriksa lukanya pada kaki, dan seterusnya..... Mak Cik diselematkan akhirnya.

         Sayalah bakal doktor yang menjadi heroin seperti dalam situasi kecemasan di atas. Sejak kecil saya sudah bercita-cita sedemikian, kerana seorang doktor boleh menyelamatkan banyak nyawa pada waktu kecemasan dan merawat orang-orang yang sakit.

         Untuk mencapai cita-cita ini, saya perlu belajar dengan cara yang lebih berkesan. Ini bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang waktu persekolahan. Saya akan menghabiskan semua kerja rumah yang diberikan, menghadir kelas tuisyen yang seberapa banyak mungkin, dan menyertai kem-kem motivasi kepimpinan.

         Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya yakin bahawa cita-cita saya akan tercapai suatu hari.


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name